Lirik Lagu Cinta Dulu Cinta Sekarang
Hai
cinta dulu-dulu, cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu, memang susah nak bertemu
Bila sudah dapat bertemu, nak cakap apapun tak tau
Tegak berdiri tersipu-sipu, seram sejuk kaku membisu
Sejak kecil sudah diasuh, pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu, adat resam budaya Melayu
Alah cinta zaman sekarang, sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang, di khalayak ramai dia pegang-pegang
Kalau ditegur dia meradang, macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam, kerana perbuatan segelintir orang
Hidup penuh berpoya-poya, kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang di idam, habis manis sepah dibuang
Hai cinta dulu-dulu, ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu kalau nak kahwin bertanyalah dulu
merisik-risik bertanya-tanya, ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumah tangga, kekal hingga sampai ke tua
Cinta dulu cinta mulia, ikut aturan budaya bangsa
Hidup mereka sungguh bahagia, cangkul dan tanah memisahkannya

0 Response to "Lirik Lagu Cinta Dulu Cinta Sekarang"
Post a Comment